SET ASAS BUAH PINGGANG DAN DIALISIS
RM 334.70
0
Description
FAKTOR RISIKO DAN GEJALA PENYAKIT BUAH PINGGANG
.
Kegagalan buah pinggang berlaku apabila buah pinggang tidak dapat menapis darah dengan cekap. Apabila bahan buangan berada lama dalam badan, ia akan menyebabkan pelbagai komplikasi perubatan, yang akhirnya boleh membawa maut. Gejala fizikal termasuk masalah keletihan, loya, dan masalah kencing. Gejala-gejala lain termasuk kesukaran dalam menumpukan perhatian, masalah pernafasan, kulit gatal, mati pucuk, serta bengkak pada pergelangan kaki, kaki, dan tangan.
.
Terdapat pelbagai punca kegagalan buah pinggang kronik. Ia boleh disebabkan oleh faktor genetik. Tetapi kebiasaanya penyakit buah pinggang berpunca daripada diabetes (kencing manis) dan hypertension (tekanan darah tinggi). Kedua-dua keadaan ini boleh memusnahkan buah pinggang kerana buah pinggang terpaksa berusaha keras untuk menghilangkan sisa pepejal.
.
KOMPLIKASI KEGAGALAN BUAH PINGGANG
.
Terdapat beberapa komplikasi yang dihadapi oleh pesakit ini. Ianya adalah:
.
1. Anemia: Pesakit boleh dirawat dengan menggunakan ubat yang menggalakkan penghasilan sel darah merah
2. Kurang kalsium: Pesakit ini selalunya akan diberi kalsium
3. Terlebih air (fluid overload): Dirawat dengan menggunakan ubat ‘loop diuretics’
4. Metabolic acidosis: Dirawat dengan menggunakan suplement alkali yang diambil secara makan. Jika pH darah terlampau asid, pesakit mungkin akan disuruh untuk melakukan dialysis
.
RAWATAN
.
A) TERAPI PENGGANTIAN BUAH PINGGANG (RENAL REPLACEMENT THERAPY)
.
Terdapat beberapa jenis terapi penggantian fungsi buah pinggang. Secara asasnya rawatan ini adalah untuk menggantikan fungsi buah pinggang yang telah rosak. 2 jenis terapi ini adalah:
1. Peritoneal dialisis: Memasukkan air khas ke dalam bahagian abdomen dan membenarkan pertukaran bahan toksik ke dalam air tersebut. Kemudian air itu dikeluarkan semula daripada bahagian abdomen
.
2. Hemodialysis: Darah dikeluarkan daripada badan dan dimasukkan ke dalam satu mesin supaya bahan buangan daripada darah tersebut seperti urea dan kreatinine dapat dikeluarkan. Kemudian darah tersebut akan disalurkan semula ke dalam saluran darah.
.
B) PEMAKANAN
.
Pesakit buah pinggang mempunyai beberapa pantang larang dalam mengambil makanan. Pertamanya pesakit kencing manis tidak digalakkan mengambil protein secara berlebihan. Ini kerana penguraiannya akan menghasilkan creatinine dan juga urea. Pengambilan protein yang banyak akan meningkatkan penghasilan kreatinine dan urea menyebabkan buah pinggang pesakit terbeban. Oleh itu, kurangkan pengambilan protein bagi pesakit yang mempuyai kegagalan buah pinggang
.
Kedua, kurangkan pengambilan garam. Ini kerana pengambilan garam yang berlebihan akan meningkatkan tekanan darah tinggi dan menyebabkan kerosakan pada buah pinggang semakin teruk.
chat with seller