CEYLON CINNAMON
RM 6.00 - RM 75.00
0
QUANTITY
Description
Kayu manis adalah rempah berkualiti yang dihargai semua bangsa sehingga pada satu tahap sekitar kurun pertama, sejarah menunjukkan nilai 350 gram kayu manis bersamaan dengan lima kilogram perak.
Pakar perubatan zaman pertengahan juga menggunakan kayu manis sebagai ubat untuk merawat batuk, serak, sakit tekak, sakit perut, kembung, cirit-birit dan senak perut.
Antara penyakit yang boleh dirawat dengan Serbuk Kayu Manis & Madu
1-JERAWAT
Campurkan 3 sudu madu asli dan 1 sudu kayu manis,kemudian sapukan campuran itu ke muka (bahagian yang ada jerawat) sebelum tidur.
Pada keesokan pagi,bersihkan wajah anda dengan air suam.Amalkan setiap hari selama 2 minggu berturut-turut.
Hasilnya,ia akan menyingkirkan jerawat anda dari akar umbi. Selain itu, kulit anda akan terasa segar, awet muda dan juga merawat masalah kulit seperti ekzema.
2-SAKIT PERUT
Campuran madu dan kayu manis pun boleh melegakan sakit perut serta membersihkan perut. Ia akan membebaskan angin-angin di dalam perut. Disamping itu, ia boleh menurunkan berat badan.
3-SELSEMA
Ambil 1 sudu besar madu bersama 1/4 sudu serbuk kayu manis 3 kali sehari. Proses ini akan menyembuhkan kesemua batuk,demam dan membersihkan sinus (ruang udara di dalam tengkorak sekeliling hidung).
4-KEGUGURAN RAMBUT
Bagi anda yang mengalami keguguran rambut,boleh gunakan khasiat campuran ini.Ambil campuran 1 sudu madu dan 1 sudu serbuk kayu manis,kemudian sapukan kat kulit kepala.Biarkan selama 15 minit.Kemudan anda bilas dengan air sehingga bersih.
5-SAKIT GIGI
Kalau sakit gigi, ambil 1 sudu serbuk kayu manis dan campurkan dengan 5 sudu teh madu asli.Letakkan campuran tadi kat bahagian yang sakit tadi. Amalkan 3 kali sehari sehinggalah hilang rasa sakit gigi itu.
6-PENGHADAMAN
Bagi melancarkan sistem penghadaman dan pencernaan tubuh anda, ambillah campuran 2 sudu madu asli dan serbuk kayu manis.
7-JANGKITAN PADA PUNDI KENCING
Ambil 2 sudu serbuk kayu manis dan 1 sudu madu di dalam air suam dan minum. Ianya akan membunuh kuman di dalam pundi kencing.
8-KOLESTEROL
Campuran 2 sudu besar madu dan 3 sudu teh serbuk kayu manis di dalam 16 auns air teh telah menurunkan 10% kandungan kolesterol di dalam badan pesakit dalam masa 2 jam. Pengambilan sebanyak 3 kali sehari pula boleh menyembuhkan penyakit kolesterol tahap kronik.
9-PENYAKIT JANTUNG
Sapukan madu dan serbuk kayu manis pada roti dan makan secara tetap setiap hari semasa sarapan. ini akan mengurangkan kolesterol di dalam pembuluh darah (arteri) dan menyelamatkan pesakit dari serangan jantung. Bagi yang pernah diserang serangan jantung, amalan ini boleh menjauhkan pesakit dari serangan seterusnya. Ia juga memperbetulkan sistem pernafasan dan menguatkan jantung.
10-RADANG SENDI (ARTHRITIS)
Campuran 2 sudu teh madu dan 1 sudu teh serbuk kayu manis di dalam 1 cawan air.Minum setiap pagi secara tetap setiap hari.Kajian yang diketuai oleh Universiti Copenhagen mendapati bahawa 73 dari 200 pesakit arthritis yang diberikan campuran 1 sudu madu dan 1/2 sudu serbuk kayu manis sebelum sarapan pagi hilang kesakitannya di dalam seminggu dan di dalam sebulan hampir kesemua pesakit yang tidak boleh berjalan atau bergerak disebabkan radang (arthritis) sudah boleh berjalan tanpa sebarang kesakitan.
11-IMUN SISTEM
Penggunaan harian madu dan serbuk kayu manis menguatkan sistem pertahanan (imun) dan melindungi badan dari serangan kuman dan bakteria.
12-INFLUENZA
Saintis dari Sepanyol membuktikan bahawa madu dan kayu manis mempunyai kandungan semulajadi yang membunuh kuman influenza dan menyelamatkan pesakit dari flu.
13-JANGKITAN KULIT
Sapukan campuran madu dan serbuk kayu manis dalam kadar yang sama pada kulit yang terkesan,akan menyembuhkan ekzema, dan semua jenis jangkitan kulit.
14-MASALAH KESUBURAN
Bagi golongan lelaki; ambil 2 sudu madu sebelum tidur mampu meningkatkan kesuburan.
Untuk golongan wanita; ambil 1/2 sudu serbuk kayu manis dicampurkan dengan 1 sudu teh madu untuk meningkatkan kesuburan.
15-MASALAH NAFAS BERBAU DAN KURANG PENDENGARAN
Minum secawan air panas yang dicampurkan dengan 1 sudu teh madu asli dan serbuk kayu manis.Amalkan minum campuran nie pada setiap pagi.
Ia membantu menyegarkan nafas dan mengekalkan daya pendengaran secara normal.
16-LEMAH
Amalan mengambil madu dan serbuk kayu manis dengan ratio yang sama menjadikan kita lebih peka dan flexible. Dr.Milton, yang menjalankan kajian ini menyatakan bahawa separuh sudu besar madu yang diminum bersama segelas air yang dicampur dengan serbuk kayu manis, jika diambil setiap hari selepas gosok gigi dan tengah hari (sekitar 3 petang) -ia akan mengembalikan kecerdasan badan dalam masa seminggu.
17-INSOMNIA (SUKAR TIDUR MALAM)
Campuran 1 sudu teh serbuk kayu manis di dalam segelas susu dan diminum sebelum tidur telah membantu ramai pesakit insomnia menangani masalah mereka.
18-ULSER
Amalkan minum 1 sudu madu dan sejemput serbuk kayu manis, minum 30 minit sebelum makan.ramuan ini akan mengurangkan keasidan dan merawat ulser.